Wednesday, January 30, 2008

Loloq Meninggal (Al-Fatihah)





Loloq meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, hari ini.
Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini.

Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak.

Monday, January 28, 2008

Siapa dibelakang Malaywood ?

Ada org tanya, sapa Malaywood ? Sapa dibelakang tabir Malaywood. Blog baru ker Malaywood nie? so, aku pun tak tahu nak komen apa. Dlm benak fikiran aku, aku tak sama seperti penulis blog industri seni yang lain. Bak kata Papa Rock Ramli Sarip, "AKU MENULIS, BUKAN KERNA NAMA". Malaywood nie tak lah se-glamour blog Sultan Muzzafar... dan juga tak sepoyo Budiey.Com Diaorg glamour, siap letak gambar, dapat akses nak menghadiri majlis majlis rasmi industri muzik. Buat LIVE coverage show show besar. Tapi tu bukan cara aku. Aku tabik lah kat Sultan Muzaffar, blogger pertama yg aku rasa diberi penghormatan dalam industri seni tanahair. Blogger lain cuma mengikut jejak SultanMuzzaffar jer.

Blog Malaywood bermula sejak january 2006. Korang bleh tengok archieve. Aku nie blogger suku dan separuh masa jer. Aku ada kerja tetap sbg profesional. Nak kata muda tu tak de lah, cuma umur dlm 30an. 'Otai' tu tak lah, tapi yang penting bukan budak hingusan. Kengkawan aku semua tak percaya aku jadi part-time blogger, dah lah pulak tuh, citer pasal industri seni... memang klakar gila lah. Jauh terpesong dari kerja aku seharian.

Apasal aku mem'blog' ? ntah, aku pun tak ingat sebab aku mem'blog' tapi yg aku ingat, member aku suruh aku buat blog untuk eksperimen duit free dari internet. Dia nie lah yg introducekan kat aku pasal adsense, dan setakat nie aku dah collect 2 kali hasil tuaian adsense. Total adalah dlm USD 258. Kira OK lah. Aku bukannya ShoeMoney nak jadi raja adsense.

Masa memula nak buat blog, aku tercari-cari, apa bahan yg aku nak mulakan. Nak tulis pasal teknikal proffesion bidang aku, heavy sangat! Takde sapa nak baca nanti. Takkan nak tulis pasal masakkan, aku bukan Chef Wan. Pasal kereta? OK jugak, tapi aku bukan lah pakar, korang tengok kete aku, model tahun 2002 tapi orang ingat macam dah 15 tahun punya keter.

Pikir punya pikir, aku tanya diri sendiri, apa yg aku minat. Dari kecik aku minat sangat muzik dan tengok TV. Aku membesar pada zaman yg bergantung pebuh kepada saluran RTM. Antara citer TV yg minat sangat ialah citer Ninja yg ada watak Suzuka kalau tak silap, pastu drama bersiri Opah lakonan Aziz M. Osman sebagai watak Burn dan adik dia Bob (ntah sapa ntah budak tuh). Aku pun sempat follow mak aku tengok citer Oshin. Nak tahu otai tak otai nyer penulis blog Malaywood, aku membesar zaman-zaman tuh. Kalu citer omputeh, aku tengok Battlestar Gallactica, Buck Rogers. First time tengok wayang, abg aku ajak tengok citer Marah Marah Sayang lakonan Ebby Saiful, Shahreza dan ... (Isma Alif kot). Aku tak ingat lah.

Kalau pasal muzik plak, aku membesar pada zaman-zaman album Mentari Merah di Ufuk Timur. Aku banyak dengar kaset abg aku. Dia ada collection battle of the Band 80an. Zaman-zaman wujudnya kumpulan seperti Sofea, SYJ, Rusty Blade, Headwind, Bloodshed. Kalau band omputeh, yg paling aku minat sangat Helloween. Nie favourite aku nih. Pastu lain-lain band fav aku Hammerfall, Iron Maiden, Manowar, Metallica, Sepultura, etc. Then bila zaman muzik transform ke era 90an, aku start dengar dari Nirvana sampai lah ke Foo Fighter. Tapi lepas abis jer zaman tuh. Aku dah tak dengar apa-apa muzik lagi. STOP. NO MORE favourite. STOP beli album. STOP buat MP3 collections. Tak tahu apsal. aku just dengar gitu-gitu jer.

Radio aku cuma radio keter. Aku dengar apa yg radio putar. Layan tanpa ada feel. Kalau bukak radio, lagu Indonwood, lagu indonwood, lagu indonwood. Mungkin itu sebab punca aku hilang jiwa pada muzik. Citarasa muzik aku dirampas secara tiba-tiba. Evolusi citarasa muzik aku terhenti sekitar tahun 2000. Aku dah tak dapat nak rasai kehebatan muzik alaf baru. Then baru aku dapat idea, aku perlu memblog. Luahan jiwa protes yg meluap pada entertainment industry.

Aku tak sanggup lihat kelibat Isma Halil Hamzah hilang begitu shj. Industri seni tanahair macam hilang punca. Tak macam zaman yg pernah aku lalui sebelum nie. Tengok lah jualan album skarang, sedih bila ada artis berbangga jualan album sudah mencecah 3000 unit. Zaman dulu 100,000 unit bleh terjual brader. AKu macam terpanggil utk meniupkan semangat Che Guerra dlm industri seni tanah air. Aku memblog bukan utk popularity, tapi menyampaikan apa aku pikir perlu.

Tak perlu lah aku nak letak gambar aku yg tak hensem terpampang kat blog nie, atau bergambar ngan artis-artis tersohor. Cukup lah sekadar aku letak poster adik sharlinie tanda aku prihatin kepada permasalahan masyarakat setempat. Cukup sekadar korang kenal blog nie sebagai Malaywood. Nanti-nanti aku citer bagaimana Malaywood bermula.

Aku tak gunakan bahasa rasmi sangat. Alo brader... buat apa nak formal sangat. Blog nie adalah merupakan suatu medium penyampaian yg bebas. Bahasa yg aku gunakan adalah gaya bahasa yg aku rasa selesa nak tulis. Aku rasa macam aku pakai kain pelikat dan berlenggeng duduk kat rumah. Kalau aku tulis macam blog blog poyo, ikut gaya penulisan persuratan mcm dlm surat khabar, aku rasa macam aku pakai seluar sleck, kemeja yg sidenya tajam dan aku pakai neck tie kat rumah. Selesa ke duduk rumah pakai macam tuh. Kalau nak pakai gi pejabat buleh lah. Korang nak tengok gaya penulisan poyo, nanti aku tunjukkan contoh.

Ada lagi yg aku nak tulis, ingatkan aku masa cuti raya cina nanti aku nak ulas teori aku, macam mana Indonwood mengusai industri muzik tanah air dan juga simbolik album ORANG dari OAG.

Malaywood: dah ponek den menaip... besok besok lah den sambung

Sunday, January 27, 2008

Fesyen apalah yg Siti pakai nie... nie bukan tudung !

Malam tadi masa AJL22, aku tengok Siti nyanyi pakai baju pelik... konon imej bertudung, tapi tu bukan tudung. Tu macam baju hujan jer...! Lepas show abis siti tukar baju. pakai Baju kaler putih, siap ada chains. Sekali imbas, aku tengok serupa macam Robert the Bruce dalam citer Braveheart, atau pun Knight Templar dalam citer Kingdom of Heaven. Aku try cari gambar tuh dalam google, tak jumpa. Aku jumpa iras iras fesyen artis kesayangan ramai Datin Seri Dato' Hajah Siti Nurhaliza.

Korang rasa, Siti tiru fesyen sapa ?




Cuba tengok persamaan baju Siti ngan fesyen kat bawah nie:





fesyen nie bukan tudung Hajah oiiii... omputeh cakap CLOAK. CLOAK nie fesyen zaman-zaman pertengahan di eropah. Pakai guni utk org miskin-miskin. Tak caya tengoklah filem-filem zaman pertengahan mcm Highlander, Braveheart, Gladiator. Fesyen nie turut di masyurkan dalam citer Star Wars dan Lord of the Ring. Jedi ada cloak dia sendiri, emperor palpatine pun ada cloak dia jugak.

Yg nie cloak yg biasanya di pakai oleh Knight Templar tentera England dulu-dulu



Aku rasa, pereka fesyen hajah Siti suka tengok Star Wars dan LOTR

Malaywood: dah cukup byk fesyen tudung moden kat jln masjid india, fesyen cloak nie jugak yg Hjh Siti berkenan

Estranged Juara AJL 22

phuh... ramai yg tak percaya Estranged adalah Juara AJL 22. Tapi itu lah hakikatnya. Tekaan Malaywood menyimpang jauh sekali. Cuma Nora jer yang betul. Aku dapat rasa rock band akan muncul Juara... dan rock band yg best adalah Jinbara... tapi Estranged lebih mantap dari Jinbara.

Juara AJL - Estranged
Persembahan Vokal Terbaik - Jacklyn Victor dan Lah VE
Persembahan Terbaik - Mawi

Juara Kategori Pop Rock - Estranged
Juara Kategori Balada - Sahri (Kaer)
Juara Etnik Kreatif - Nora

Juara 4 kali Datin Seri Dato' Hajah Siti tak dapat apa-apa hadiah. Dulu zaman dia, skarang nampaknya akan balik semula kebangkitan Rock Band. Mawi macam biasa Raja SMS. Ok lah, dah malam aku nak tido lah pulak, esok kerja Bro...

malaywood: Tak sangka Sahri dan Estranged menang....

AJL 22: Juara Pilihan Malaywood

Kategori Etnik Kreatif
Samudera - Nora
Lagu: Johan Nawawi
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya

Kategori Balada
Kasih Tercipta - Faizal Tahir (bakal dinyanyikan oleh Ajai)
Lagu: Ajai
Lirik: Shuhaimi Baba

Kategori Pop Rock
Farhana - Jinbara
Lagu: Denai
Lirik: Andy Rahman

Persebahan Terbaik - Nora
Vokal Terbaik - Jinbara
Juara Keseluruhan - Farhana (Jinbara)

Malaywood: Itu pilihan Malaywood lah... pilihan Juri tak tahu lagi

Jangan nak percuma saja – Chef Wan

Dalam Pancaindera hari nie


Tukang masak terkenal, Redzuawan Ismail, 50, atau Chef Wan naik angin terhadap sebuah stesen televisyen swasta di negara ini gara-gara diminta menjadi tetamu undangan tanpa mahu mengeluarkan satu sen pun bayaran.

Bukan berkira soal bayaran tetapi Chef Wan berpendapat, sesebuah stesen televisyen hendaklah menghormati tetamu yang mereka jemput dengan mengeluarkan sedikit peruntukan sebagai menghargai susah payah menjayakan program yang diterbitkan.

Tukang masak popular ini menegur stesen televisyen yang bersikap sedemikian dan menasihati mereka supaya membuang sifat buruk iaitu mengharapkan khidmat secara percuma. ...more



Betul tu, aku sokong Chef Wan. Takkan asyik nak minta free jer. Mana ada benda free lagi dalam dunia, hatta nak buang air pun kena cas 30 sen tau ! Tu punca rezeki Chef Wan. Kena professional lah, macam mana industri seni tanahair nak berkembang

Malaywood: Jadi blogger pun bukan kerja free jugak. Google bayar gaji tau....

Ayu Raudhah Semakin Popular

Sapa ingat lagi watak Farah dalam Siri Manjalara yang meletop tahun lepas. Ramai pembaca Malaywood yang mencari biodata dan gambar Ayu Raudhah yg popular dgn nama 'Farah'. Semua org tahu dia adik pelakon cantik Rozita Che Wan. Nie biodata dia

Nama penuh: Ayu Raudhah Che Wan
Nama panggilan: Ayu
Tarikh lahir: 7 Disember 1984
Umur: 24
Tinggi: 158 sentimeter
Berat: 50 kilogram
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia
Hobi: Menari dan membeli-belah
Bilangan dalam keluarga: Anak ke-6 daripada 7 beradik
Kerjaya: Model dan pelakon
Makanan kesukaan: Laksa
Minuman kesukaan: Teh ‘O’ ais limau
Penyanyi diminati: Jennifer Lopez
Pelakon diminati: Johnny Deep
Lagu diminati: R&B
Emel: ayuchewan&yahoo.com

tu ada email add dia, jgn korang hantar spam kat dia sudahlah. Amacam lawa tak ? Dia pose untuk cover depan Pancaindera hari nie. Lawa macam kakak dia jugak kan ?

Malaywood: Suka tengok Ayu pakai tudung macam dlm citer Manjalara

Saturday, January 26, 2008

AJL 22: Fiq ganti Faizal Tahir


Kesian Faizal, tak dapat nak nyanyi di AJL 22. Walau bagaimana pun Fiq juara musim pertama Mentor akan menggantikan Faizal Tahir untuk lagu Mahakarya Cinta. Fiq pun rockers generasi baru jugak, so kira boleh lah bawak lagu nie. Malaywood dah bleh rasa cara Fig nyanyi lagu nie tak sama dengan faizal, anyway itu bukan masalah. Sahri pun penyanyi gantian dalam AJL 22 menggantikan Kaer. Yang penting juri mesti professional. Tak semestinya penyanyi ganti itu kurang sempurna pembawaannya. Jgn ada sentimen isu bukak baju dibabitkan dlm penjurian.

Malaywood: terima kasih kepada yang bersama sama Malaywood tak setuju Faizal dikenakan tindakan yg terlalu berat.

Adik dan Kakak Siti Nurhaliza masuk Ujibakat AF6

Hmmmm... citer baru nih. Aku nak review skit nama Akedemi Fantasia nie sikit. Akedemi nie tempat org nak belajar menyanyi dalam masa lebih kurang 10 minggu hingga ke 12 minggu (ikut musim). Tempat orang yg ada bakat menyanyi dan perlu belajar utk dipolishkan supaya bleh masuk real entertainment world. Itu yg Malaywood tahu serba sedikit pasal Akedemi Fantasia.

Bebaru nie Malaywood ada dapat suber dari satu blogdrive Klubbkidd. kasi credit kat dia sebab letak video ujibakat AF6 kat YouTube. Dia ada postkan 2 clips ujibakat: Satu adik dato Siti iaitu Siti Saerah dan satu lagi kakak kepada dato Siti Nursaidah.





Aku rasa kalau salah sorang atau dua-duanya terpilih masuk ke dalam AF6, akan ada bias vote. Andaian pertama aku utk Siti Saerah, confirm terkeluar awal, sebab sentimen Siti Saerah tak perform dalam OIAM season pertama. Orang ramai dah kenal siapa Siti Saerah. kalau nak belajar menyanyi lebih baik belajar dengan kakak sendiri. Andaian kedua pulak, dia akan dapat undi simpati dari peminat HardCore Datin Seri Siti Nurhaliza. Dua sentimen nie yang akan bermain dalam kotak fikiran penonton AF6. Channel @15 confirm panas. Astro bleh duit lebih kalau Siti Saerah berjaya masuk AF6.

Komen utk Kakaknya pulak, aku tak berapa pasti sangat tapi akan dapat undi simpati penyokong setia Datin Seri CT Nurhaliza. Cubalah interview Datin Seri nanti, apa komen dia pasal adik beradik masuk industri muzik nih. kalau betul buleh menyanyi, boleh buat kumpulan macam The Corrs. Nurhaliza, Saerah, Nursaidah dan Ayie. Fullamak !! Malaywood rasa sure bleh meletop !!!

Malaywood: Bleh ikut jejak Ziana dan Anuar Zain atau Loga dan David Arumugam.

Sunday, January 20, 2008

Halim Othman Bersara


TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja penyampai radio lelaki paling popular, Halim Othman mengambil keputusan untuk bersara dari dunia penyiaran yang telah sebati dengan dirinya selama sedekad.

Suatu masa dulu Halim nie merupakan orang kuat Radio Era. Dulu dia jadi DJ solo jer dah buleh tarik peminat untuk bersiaran bersamanya setiap pagi. DJ Skarang kena ada partner. Kecoh jer lebih dalam konti. Tapi memang dah lumrah alam, management suka meminggirkan orang lama. Kononnya dah tak ada peminat. Halim tentu ada sebab mengapa dia tetiba jer nak berundur. Memang mengejutkan. kalau itu dah pilihan dia, tentu ia yang terbaik untuk Halim.


malaywood: selamat maju jaya utk abg Halim dalam apa jua bidang yg diceburi selepas ini.

Ringgo Fotograf ditahan di penjara Venezuela


Menurut keratan akhbar hari nie, Ringgo bekas drummer kumpulan Fotograf ditahan pihak berkuasa Venezuela. Bersalah atau tidak belum dibuktikan lagi tapi kalau didapati salah hukuman mati mandatori. Budak-budak zaman skarang memang tak pernah dengar kumpulan Fotograf. Sebelah kiri, gambar kumpulan Fotograf sewaktu zaman kegemilangan diaorang dulu-dulu.

Malaywood: Hati-hati kalau nak keluar negeri, ramai penipu kat luar sana nak penaya kita.

Apa Beza Pelakon Bukak Baju dan Penyanyi Bukak Baju ?

Tadi aku baca surat khabar utusan. Untuk mengetahui isu semasa yg hangat, aku akan baca 3 perkara dalam Utusan.

1. Senyum Kambing
2. Hello Bos
3. Mamak Cyber

Yang bestnya, dalam mamak cyber... mamak tuh tanya apa beza pelakon buka baju dan penyanyi bukak baju ? jawab... jawab...

lagi satu yang aku pelik... isu bukak baju nie dibangkitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMC) di mana ia bernaung dibawah Kementerian Tenaga dan Telekomunikasi. kementerian Penerangan tak kata apa pun ? Kementerian Kebudayaan dan Warisan pun tak kata apa pun.

Berlenggeng itu budaya biasa. Apa nak sebok. Mana mana penari baik melayu india atau ciana yg menarikan tarian klasik india pun berlenggeng. Takde masalah pun.

Exist Dah Berpecah ?

Ye ker Exist dah tak exist lagi ? jap aku nak ingat anggota asal exsit, kalau seingat aku lah Mamat, Along, Ujang, Ajai. Ada 4 org ke 5 org dulu hah.. aku ingat 4 nama jer. Tak pe lah tak penting lah tuh...

Kalau nak diikutkan, dah lama dah exist nie berpecah sejak Mamat kena tangkap kes dulu-dulu tuh, pastu Ajai keluar. Ezad pulak masuk ganti Mamat. Pastu Ezad pulak sibuk berlakon filem. NAR Records pulak dah takde business. So, Exist pun dah exist lagi dah. Masing-masing dah bawak haluan diri masing-masing.

Yang menyanyi dah nyanyi solo. Musician pulak cari peluang jadi musician undangan. Abis, Exist dah buleh tutup buku dan join the group sebagai band band muzik Malaysia yang sudah terkubur. Antara band-band yang dah lama terkubur: Sofea, Headwind, SYJ, Utopia, Umbrella, Carefree etc..etc...

Malaywood: Ingat nak buat list hall of fame malaywood lah... tunggu jer...

Saturday, January 19, 2008

Kes Faizal Tahir Bukak Baju : Tak Salah



Hmmmm.... apa kecoh-kecoh sangat bila Faizal Tahir bukak baju? Teruk sangat ker tindakan dia tuh...? kalau korang renungkan apa yang rata-rata Judge rancangan realiti TV cakap. Baik rancangan Akademi Fantasia, OIAM, Malaysian Idol, Mentor, Gang Starz...etc

"Korang kena feel... feeeelllll"

"Persembahan awak tak de jiwa... takde SOUL"

So.. bila Faizal Tahir keluaran produk realiti TV beri sembahan yang ada jiwa, ada soul... korang kata over... bla.. bla...

Macam mana lah industri muzik di Malaysia nak berkembang. Artis berbakat besar macam Faizal Tahir nie memang susah nak cari. Tapi kalau kita dah sekat kreativiti dia, so lepas nie... persembahan Faizal Tahir akan jadi macam ayam berak kapur jer lah.

ARtis luar negara yang perform kat Malaysia bleh pulak. Ohh... itu mungkin budaya diaorg. Budaya apa? budaya melayu jugak... goyang gerudi yang eksotik tu bleh pulak. Tak paham aku, mengapa kita nak menghukum Faizal.

Nie ada satu analogi, Emam Manan beraksi bukak baju dalam filem Puteri, CD Oraza beraksi bukak baju dalam filem Sayang Salmah, Nasir Bilal Khan beraksi bukak baju dalam filem Isteri, Perempuan dan ... Malaywood nak tanya, Apa bezanya aksi bukak baju diaorang nie dengan aksi Faizal Tahir. Apa bezanya? Sendiri mau jawablah. Kenapa nak 'gantung' Faizal dalam hal macam nie. Faizal tu laki, apa nak kisah, kalau dia pompuan lainlah cerita.

Kalau nak gantung, Malaywood rasa lebih baik gantung Zarina An Julie. Korang lebih tahu kenapa. Korang sendiri dah tengok gambar aksi panas Zarina (Mia anak Pontianak) memualkan. Gantunglah artis yang tak moral macam tuh.

Aku nie bukanlah peminat Faizal, tapi cuma tak paham kenapa nak 'gantung' dia. Bagi aku, aksi macam tuh biasalah. Takde lah teruk sangat. Artis Hollywood, Bollywood dan Idonwood yang beraksi kat negara kita lagi lah teruk. Tapi kenapa boleh terima ?

Malaywood: Tak setuju 'gantung' Faizal Tahir.

Nenek Farah Fauzana Meninggal

Pagi tadi, nenek kesayangan Farah Fauzana telah meninggal dunia, seperti yang laporkan oleh Wahid dalam rancangan Melodi tengah hari tadi.

Semoga arwah dicucuri rahmat

AL-Fatihah

Mentari Merah di Ufuk Timur versi nasyid

Smalam masa aku dlm perjalanan 'driving' balik kerja, lebih kurang pukul 5:20 ptg... aku pasang radio Era. Masa tuh lagu mentari merah diufuk timur tengah 'on-air'. Walabek, mentari merah diufk timur nie memang lagu yang sangat dan sangat best. Semua rocker era 80an anggap lagu antara masterpeace terbaik Search dan juga lagu Rock Melayu yag pernah dihasilkan. Tapi lagu yang aku dengar smalam ada lain sikit dari versi asal lagu tu dulu. Masih suara amy search tapi ada skali vokal ustaz Asri Rabbani. Disebabkan aku tak dengar dari awal lagu nie, so aku tak dapat tahu siapa yang nya sebenarnya. Dari pengamatan telinga aku, lagu tuh dinyanyikan oleh Amy Serach dan Rabbani. Diolah semula menjadi lagu ketuhanan. best jugaklah. Sampai rumah, terus on laptop dari dlm google, youtube. Tapi tak jumpalah lagu mentari merah diufuk ditimur versi nasyid. Versi original adalah, macam kat bawah ni hah.



so kalau sesapa ada dlm koleksi simpanan dia lagu yang sebutkan tapi, pass pass linknya kat aku. MP3 ker... 3gp ker... mpeg ker... wmv ker... tak kisah. post kat Malaywood

Malaywood: Search memang raja Rock Malaysia. Wa caya sama lu brader

OIAM - Intan Sarafina Terkeluar

Ini bukan lah suatu kejutan. Walaupun Intan dah ada nama, tak semestinya dia boleh memenangi sesuatu pertandingan realiti TV. Dia perlu ukur baju dibadannya sendiri. Program reality TV macam OIAM bergantung penuh pada undian SMS penonton. Kalau selama nie, album tak pernah cecah ratusan ribu unit, itu tandanya kita tak ada peminat yang ramai. Tak mustahil Siti Sarah akan terkeluar sebelum final. Semuanya bukan suatu kejutan dalam rancangan realiti TV.

Malaywood: Aku rasa kalau Ning Baizura masuk OIAM pun, belum tentu belum boleh jadi jadi juara.

Thursday, January 17, 2008

Iklan of the Month: Nissan Grand Lavina



Malaywood rasa, iklan nie iklan baru yang paling best ada kat TV. Motif dan idea dia klakar lah.

Uji Bakat AF6

Ujibakat kat Bukit Jalil dah habis dah ari tuh. Smalam baru start kat Kota Kinabalu dan Kuching. Arini dah bleh dah serbu Kompleks Asia City dan Merdeka Palace. Utk org JB, Penang dan KL, dah bleh start practise dari skarang

Senarai Tarikh & Lokasi Ujibakat
12 & 13 Januari
ASTRO Bukit Jalil

17 - 20 Januari
Kompleks Asia City, Kota Kinabalu

17 - 20 Januari
Merdeka Palace, Kuching

26 - 27 Januari
Penang International Sports Arena, Penang

26 - 27 Januari
Kompleks Mawar, Johor Bahru

2 & 3 Februari
PNB Darby Park, KL

Senarai Lagu Ujibakat
Peserta Wanita
Persis Mutiara - Mila AF5
Rindu Merindu - Fauziah Idris
Jika Kau Kekasih - Linda Nanuwil
Ya Atau Tidak - Erra Fazira
Salam Untuk Kekasih - Nadia
Setiaku Korbankan - Fauziah Latiff
Unfaithful - Rihanna
Menaruh Harapan - Zaiton Sameon
Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak
Pastikan - Siti Nurhaliza

Peserta Lelaki
Langit Biru - Mawi
Fantasia Bulan Madu - Amy Search
Kasihnya Laila - Jinbara
Joget Angan Tan Sudah - Jay Jay
It's Gonna Be Me - NSync
Izinku Pergi - Kaer
La Camisa Negra - Juanes
Kisah Kau Dan Aku - Alleycats
Ku Juga Mencintamu - Saiful
Azura - Jamal Abdillah

Gambar Diana Danielle dan Nicholas Shahputra tak 'macthing' ?

Nicolas Shahputra (hero 'Apa Ada Dengan Cinta?') dan Diana Danielle  sewaktu sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin.

Sumber: manggaonline.com



Amacam korang tengok gambar nie, OK ker tak ? malaywood rasa tak OK sebab

1. Pasangan nyer tak maching langsung
2. Heronyer tak macho tapi jambu
3. Kalau hero tu syamsul.. aku rasa komen aku lain skit

Malaywood: korang plak kata apa ?

Tak Suka Siti Nurhaliza Bertudung ?

Malaywood ada melawat satu blog yang bernama "BarkingMagpie" yang 'mempostkan' article yang tajuk "I am disappointed with Siti Nurhaliza!" Blogger nie keciwa sesangat bila Siti Bertudung.



Ada yang suka dan ada yang suka bila Siti bertudung. Sebagai peminat, kita kena terima apa sahaja keputusan Siti. Siti berhak buat keputusan sendiri. Kalau Siti nak bertudung, maka peminat perlu menerima keputusan Siti, dan begitu jugak sebaliknya. Sama jugaklah bagaimana peminat menerima keputusan Siti nak kahwin dengan Dato' K dulu. Walau ada peminat yang tak setuju dengan keputusan Siti nak kahwin dengan Dato' Khalid Mohd Jiwa. Ada yg suka Siti digandingkan dengan Dr. Fazley. Kalau itu dah jodoh dia, let it be.

Malaywood: terima sahaja apa perubahan yang baik

Sapa Artis Paling lawa kat Malaysia?

Last year (Dec 07), Malaywood ada buat polling, Sapa Artis Paling Lawa antara Rozita Che Wan, Maya Karin dan Erra fazira. memula tuh Erra mendahului pesaingnya, lama-lama ramai yg vote Rozita Che Wan. SO keputusannya antara Rozita, Erra dan Maya sapa yg paling lawa?

1. Rozita Che Wan
2. Erra Fazira
3. Maya Karin

Itu pendapat pembaca Malaywood, pilihan Malaywood pulak

1. Erra Fazira
2. Rozita Che Wan
3. Maya Karin

Malaywood: tolak tepi lah sentiment Erra tu dah kahwin, yg penting dia Miss Malaysia dan masih cun

ZOOM-IN: LEFTTHANDED

Rakaman Zoom In @ RTM Bersama LEFTHANDED
Tarikh: 20 Januari 2008
Tempat: Angkasapuri
Masa: 8.30pm

Kepada rockers yang ada free time tu, pergi la support, baik rockers senior mahupun budak yang baru nak minat rock, jom turun tengok LEFTHANDED kat RTM malam minggu nie.



Malaywood: amacam rockers semua, ada brani turun RTM ?

Gambar Zarina AnJulie Adalah Tulen


Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan gambar yg tersebar tuh gambar superimpose. Zaman kes Edry dan Linda dulu boleh lah cakap superimpose. Skarang org dah tak caya dah. Sapalah yang takde kerja sangat nak buat gambar superimpose dia perfect sangat.

Berani buat berani ngaku lah. Tengok Chua Soi Lek, selamba jer ngaku... "Saya orang dalam video itu"... Kes V.K Lingam pun expert kata ketulenan video. Memang takde org lah nak buang masa buat superimpose yg takde faedah. Walaupun macam mana 'mia' nak nafikan pun, semua orang dah tengok... malu lah...

Malaywood: kalau nak tengok gambar selebihnya, cari sendiri dlm google. Ini bukan web porno melayu.

Monday, January 14, 2008

Ke mana hala tuju pembikinan filem melayu 2008

Sebelum tahun 2008, filem-filem melayu hanya berkisar kepada genre filem yang sama seperti action yg tak berapa pack sangat, citer hantu, citer komedi dan citer cinta. Hanya 4 kategori genre nie sajalah filem yang pengarah dan penerbit filem di Malaysia berlumba lumba nak hasilkan. Ahmad Idham pernah cuba kelainan mengarahkan filem kanak-kanak. Walaupun tak sehebat filem walt Disney tapi dia sudah mengorak langkah kepada pembikinan genre filem yg lain dari kebiasaan.

Kalau di Hollywood, filem-filem yang di keluarkan bersesuaian dengan musim ketika itu. Untuk winter, citer-citer drama, kekeluargaan, kanak-kanak dan christmas sering menjadi bahan utk di tayangkan. Sewaktu summer, filem action menguasai panggung. Begitulah yang berlaku sepanjang tahun. Putaran filem perlu kena pada waktu dan ketikanya.

Cabaran kepada penggiat seni tanahair utk keluar dari kepompong 4 jenis genre asas perfileman Melayu. Cuba-cubalah buat suatu filem yang kuat dari segi lakon layar dan skrip seperti cerita: 12 Angry Man, The Green Mile. Malaywood percaya, kosnya pembikinan sudah semestinya tidak tinggi. Lokasi pengambaran tidak banyak kerana shooting pada lokasi yang sama jika nak dibandingkan dengan filem seram atau filem aksi. Cuba-cubalah belajar bagaimana nak hasilkan filem seperti yang Malaywood sebutkan tadi. Cabaran kepada pengarah filem di Malaysia.

Malaywood: Citer P.Ramlee pun diaorang tak bleh celen lagi, berhajat besar pulak nak lawan Tokyo Drift atau Initial-D

Kieran dah Bertunang ?

Malaywood masih belum dapat pastikan adakah Kieran betul-betul dah bertunang. Dari sumber yang tidak rasmi mengatakan, Kieran dah bertunang. Kalau korang pendengar setia radio Era, korang ingat lagi tak Kieran, AC dan Hanny bercuti seminggu dalam bulan 12, 2007 sewaktu cuti sekolah. Masa tulah Kieran bertunang dan dihadiri oleh AC dan Hanny. Tapi tu sumber tak rasmi. Malywood tak nak dipersalahkan kerana menyebar khabar angin. Biarlah Kieran jawab sendiri. Abg Nas bleh terjah ke hari ahad nanti. Terpulanglah pada wartawan hiburan tanahair yang melaporkan secara rasmi. Malaywood cuma dengar-dengar jer.

Malaywood: sumber dari email

Sunday, January 13, 2008

Meet Uncle Hussain ada kelas tersendiri.

Selepas kumpulan underground Butterfinger masuk mainstream, Malaywood rasa takde lagi group underground lain yang cukup bagus untuk diterima dalam mainstream media. Tiba-tiba muncul Meet Uncle Hussain.... dengar nama band dia pun dah tahu budak-budak underground. Malaywood tabik lah ngan Meet Uncle Hussain, masih bleh layan underground dan mainstream. Lagu La la la Kerjalah pun best... unik. memang original. Aku dah lama tak jumpa local band yang best. Zaman terakhir aku pergi Gig waktu zaman band band Butterfinger, New Arqam Punk, Caberator Dunk, The Bollocks, Sil Khannaz. Sekitar tahun 1995-96. Tak ingat lah tarikh tepat. So, Meet Uncle Hussain dah mengebalikan nostalgia lama aku pasal group underground. Aku ingatkan band underground nie dah kekurangan talent. Rupanyer ada lagi penyambung warisan Original muzik. Muzik Meet Uncle Hussain untuk lagu La la la Kerjalah memang original. Syabas. !!

Bakat Terpendam Macam Nie Yang Patut Masuk AF6

Cuba tengok clip video you nie



kalau nak tahu, brader nie punya hits kat YouTube, perghhh... dasyat. Macam artis pro kat Malaysia. Suara dia dan lagu yang dia ubah lebih best dari penyanyi asal. banyak komen yang aku dapat dari member-member yang dah dengar clip video dia.

Actually, dia suka-suka jer post kat youtube, tapi Meletop. Malaywood try cari siapa mamat yang nyanyi lagu "Minat Oghe Tino" nie.

Kepada pencari bakat untuk Akedemi Fantasia 6, cuba cari mamat nie dan invite dia pergi audition. Cuba test tengok dia punya picing dan beberapa teknikal vokal yang lain. Malaywood rasa, kalau dia dapat masuk AF6, sure meletop. Kalah Mawi. percayalah. You bleh tengok creativiti mamat nie dalam video clip amature dia.

Malaywood: AF6 patut cari mamat nie untuk ujibakat kalau rasa nak buat duit macam zaman Mawi AF3.

Elly Mazlein Masih Popular


Oleh NIEZAM ABDULLAH

Elly Mazlein? Ada lagi ke dia ni? Ramai yang bertanyakan soalan itu. Kenapa saya berkata sedemikian adalah kerana sejak sekian lama pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini bagaikan tenggelam begitu saja.

Seingat saya kali terakhir Elly menjadi penghias cover Pancaindera pada tahun 2006 ketika namanya berada dalam keadaan sedikit ‘panas’ selepas dia dikatakan sudah berumah tangga dalam diam.

Bagaimanapun cerita itu semuanya tak betul dan Elly sendiri sudah menjelaskan mengenainya kepada umum.

Selepas itu dia juga jarang muncul di mana-mana majalah ataupun majlis hiburan tertentu sehinggakan gadis berusia 27 tahun ini bagaikan sudah tidak wujud lagi dalam industri.

‘‘Saya tak lari ke mana. Saya ada dan sibuk dengan shooting selepas kontrak saya tamat dengan NAR Records,’’ kata Elly memulakan bicaranya.

Saat dikatakan tenggelam dibawa arus itu, namanya kembali memuncak selepas dia muncul menerusi drama bersiri Spa Q yang disiarkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis (pukul 6.30 petang).

Kemunculan Elly dalam drama tersebut membuatkan ramai yang tertanya-tanya ke manakah dia menghilang sebelum ini.

sumber: Pancaindera

Kejutan Awal dari Akademi Fantasia 6 (AF6)

Tahun ini, Akademi Fantasia memberikan "kejutan" pertama dengan mengumumkan bahawa penyertaan kini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 hingga 45 tahun. Melalui perubahan elemen ini, kami ingin menggalakkan orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk menyertai Akademi Fantasia kerana "bakat tidak mengenal usia". Kalau baca Mingguan Malaysia hari ini, seorang peserta uji bakat yang hadir sudah bergelar nenek berumur 44 tahun. Perghhh.... dasayat

Sementara kejutan keduanya pula apabila Pengetua Akademi Fantasia 2, Ramli MS kembali menerajui kerusi panas tersebut untuk musim keenam. Apakah perubahan yang akan dibawa oleh Ramli MS ? Setelah memberikan pendidikan yang masih lagi diingati sehingga kini, tahap profesionalisme Akademi Fantasia bakal diuji dan dinilai penonton sekali lagi di bawah kepimpinan beliau.

Beliau akan mengikuti sesi ujibakat untuk melihat sendiri bakat yang masih ada di seluruh Malaysia. Menariknya di musim ini beliau turut berpeluang untuk memilih sendiri tenaga akademik yang akan bekerjasama dengannya apabila proses pengajian bermula.

sumber: http://sultanmuzaffar.blogspot.com/

Malaywood: ramai artis 'senior' kelab malam akan turun ke uji bakat untuk AF6 tahun nie.

Saturday, January 12, 2008

AC dan Sarimah Pengacara AF6 ?

Lagi satu info yang Malaywood dapat untuk spekulasi AF6, pengacara AF6 bukan Zainal Alam seperti dalam post yang sebelum nie. Kemungkinan AC dan Sarimah Ibrahim akan bergandingan menjadi pengacara AF6. Betul ker? kita tunggu berita selanjutnya

Tuesday, January 1, 2008

Zainal Alam Bakal Ganti Aznil untuk AF6

Zainal Alam


Sekarang ni khabar angin terbaru yang bertiup kencang mengatakan Zainal Alam Kadir, pengacara Wayang Kita di Astro Ria bakal menggantikan Aznil mengacara Akademi Fantasia Keenam (AF6).

Khabarnya Zainal Alam disebut-sebut bakal menggantikan Aznil kerana fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Keduanya kerana Zainal Alam dikatakan mempunyai kebolehan membuatkan penonton ketawa dan menangis seperti yang ada pada Aznil.

Bagaimanapun ketika ini keputusan muktamad belum dibuat lagi. Tapi kalau tak ada apa-apa halangan memang dia antara yang akan menggantikan Aznil.

Artis & Selebriti Paling Sensasi 2007

Sensasi 2007

Sepanjang 2007, inilah antara artis dan selebriti di Malaysia yang banyak mencetuskan kontroversi dan paling banyak diberikan pandangan.

Fasha Sandha1. Fasha Sandha - kontroversi tercetus kerana ramai yang tidak puas hati kerana Fasha dikatakan semakin seksi. Ukuran seksi mungkin berbeza pada setiap mata namun mungkin ukuran seksi Fasha adalah dari sudut pakaiannya. Hubungan Fasha dan Pierre Andre pun menjadi topik bualan. Satu lagi perkara yang sering ditegur ialah kerana Fasha dikatakan semakin sombong. Benarkah begitu?

erra fazira2. Erra Fazira - artis jelita ini sering menerima teguran tajam. Nampaknya peminat punya pandangan tersendiri mengenai kisah cinta Erra-Hans dan perkahwinannya dengan Engku Emran. Pun begitu sikap Erra yang harus dipuji ialah kerana dia sentiasa cool dengan segala pujian dan kutukan. Tak gitu?

Syarifah Amani3. Syarifah Amani - Amani sebenarnya pelakon low profile namun dia mencipta kontoversi kerana sanggup membotakkan kepala. Ramai peminat tidak setuju dan kurang senang dengan tindakan Amani. Tapi Amani harus diberikan pujian kerana lakonannnya. Macam tu ker ?

Ella4. Ella - peminat ada yang percaya dengan video lucah tersebut meskipun Ella menafikannya dan telah pun membuat laporan polis. Kesian Ella yang menjadi mangsa kerana dia popular dan masih available. Ramai pembaca dengan senang hati menggunakan cop mohor masing-masing menganggap itu dan ini tentang Ella. Hanya Ella yang tahu kebenarannya.

Linda Onn dah Fahrin5. Linda Onn dan Fahrin - ramai juga yang menggelegak dengan penafian ala-ala silat tepis Linda mengenai hubungan dengan Fahrin. Kerana suka berahsia walaupun sememangnya benar hubungan mereka bukannya none of our business' Linda kena kutuk... begitu juga Fahrin.. walaupun kutukan terhadap Fahrin tidak sehebat Linda. Agaknya sampai bila mereka nak amalkan ilmu silat tepis ni? Kehwin jer lah.....

Siti Nurhaliza6. Datuk Siti Nurhaliza - entah kenapa ramai pembaca gosip lebih gemar membincangkan kisah rumahtangga Siti dengan Datuk Khalid secara negatif? Pantang ada statement dari Siti, ada sahaja response yang memutarbelitkan penyataannya mahupun yang menyalah ertikannya. Penyataan Siti mengenai rumahtangga dan bertudung merupakan isu hangat hingga menenggelamkan kejayaan dan kisah kerjayanya.

7. Amy Search dan Norish - Pasangan yang paling banyak mendapat pujian 2007. Mungkin kerana penampilan Norish yang berbeza setelah pulang dari umrah. Dan Amy yang nampak benar bezanya dengan Amy yang dahulu. Nyata sekali Amy dan Norish telah berhijrah. Mungkin artis-artis lain perlu berfikir dahulu sebelum mengerjakan umrah dan balik tanpa sedikitpun perubahan! Satu lagi pujian harus diberikan kepada Amy ialah untuk keberaniannya memperjuangkan nasib lagu-lagu tempatan di corong-corong radio swasta. Wa Caya Sama Lu Brader... Rock n Roll never die

8. Aziz M. Osman dan Vee - Pasangan yang telah pun berpisah secara rasmi namun masih boleh bekerjasama dalam sebuah syarikat. Sungguhpun begitu bukan isu penceraian yang jadi bualan namun penampilan Vee yang berubah dan semakin seksi. Mengapa ya?

9. Jamal Abdillah - Kisah pengakuan Jamal untuk melawan ketagihan dadah yang kronik merupakan isu sepanjang zaman. Tahun ini tampak benar kesungguhan Jamal menghindarkan diri jauh-jauh dari benda syaitan itu. Ramai peminat yang memberikan sokongan dan galakkan tak kurang juga yang kurang percaya. Apa pun Jamal mesti benar-benar membuktikan dirinya mampu berubah. Betul tak?

10. Angkasawan Jadi Selebriti - Kalau tak kerana status angkasawan pertama negara, nama Dr. Sheikh Muszaphar mungkin hanya terlekat di kalangan pelajar yang diajarnya mahupun orang-orang yang pernah dirawatnya. Setelah menjadi angkasawan Dr. SMS dah jadi rebutan dan tumpuan ramai. Kisah bakal tunang dan gosip liar yang tak tentu hujung pangkal mengiringi kisah sebenar kehebatan anak muda Malaysia membuat langkahan pertama ke angkasa lepas.

11. Mawi - sasaran utama kutukan sebilangan peminat gosip. Rata-rata mereka mencampurkan kisah peribadi Mawi - cinta-cinta-cinta dan kisah lalok. Ramai yang lupa memberikan sokongan agar anak muda ini dapat pergi lagi jauh dan membuktikan dia ada pakej sebagai penyanyi. Ke mana perginya pujian tatkala Mawi masih baru di bidang hiburan? Agaknya bagaimana pula dengan perjalanan karier lakonan yang baru bermula?

12. Hans Isaac - Kecoh cerita cinta separuh jalan dengan Erra menjadikan Hans antara pelakon popular yang menerima nasihat positif daripada peminat. Rata-rata mahukan Hans tutup buku lama dan terus memandang kehadapan. Kegigihan Hans untuk mengarah sendiri filemnya harus diberikan pujian, begitu juga dengan usahanya menghadiahkan perabut untuk rumah seniwati Yusni Jaafar.

13. Aznil Haji Nawawi - Aznil bukanlah pencetus kisah peribadi sensasi. Yang menjadi bualan adalah siapakah yang bakal jadi pengganti Aznil untuk program Akademi Fantasia. Ramai nama yang popular dan berkebolehan telah disebut namun siapakah pengganti Aznil mengacara AF? Aznil telah pun meletakkan satu benchmark maka penggantinya perlulah lebih baik dan berkebolehan daripada Aznil.

Malaywood mengharapkan komen dan pandangan yang lebih banyak dan baik pada masa hadapan daripada peminat seni. Pujilah artis atau selebriti seadanya dan janganlah memberikan cemuhan dengan kata-kata berbaur lucah mahupun sekadar melepas geram tanpa fakta. Peminat seni perlu lebih matang tatkala mengatur kata.

SELAMAT TAHUN BARU!!!

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR